Andorra Industry Press
SEE OTHER BRANDS

Informing on industries and services news in Andorra

Setiausaha Rendah Kementerian Tenaga dan Infrastruktur EAB Mengunjungi Pejabat Tellus Power Globe Holding Limited di Hong Kong

IRVINE, California, Sept. 04, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited ("Tellus Power" atau Syarikat) berbesar hati mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Eng. Sharif Al Olama, Setiausaha Rendah Kementerian Tenaga dan Infrastruktur EAB, ke pejabat Syarikat di Hong Kong pada minggu lalu. Lawatan pemimpin terkemuka tersebut mencerminkan visi dan komitmen EAB yang progresif untuk mengukuhkan kerjasama antarabangsa yang berupaya meningkatkan kecekapan tenaga, mobiliti bersih dan infrastruktur yang mampan.

Semasa lawatan tersebut, TYT Eng. Al Olama telah melawat fasiliti penyelidikan dan pembangunan Tellus Power. Beliau diberi taklimat mengenai inovasi terkini Syarikat dalam pengecasan kenderaan elektrik (EV), termasuk teknologi maju Kenderaan-ke-Grid (V2G) dan Kenderaan-ke-Segalanya (V2X).

Lawatan itu turut menyerlahkan kemajuan usaha sama yang berpangkalan di UAE antara Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding serta Sing Family Enterprise Group, yang bermatlamat untuk menubuhkan salah satu fasiliti pembuatan pengecas EV pertama di Timur Tengah. Pelaburan ini mencerminkan visi UAE untuk menjadi hab global bagi teknologi tenaga dan infrastruktur termaju, serta menyokong pembangunan perindustrian tempatan dan penciptaan pekerjaan.

TYT Eng. Al Olama berkata: "Saya berpuas hati dapat mengunjungi pejabat Tellus Power di Hong Kong, serta menyaksikan inovasi yang berpotensi bagi penyelesaian EV yang lestari. Penglibatan ini menandakan langkah penting bagi menjalin kerjasama pada masa hadapan, selaras dengan visi bersama kami untuk memajukan infrastruktur EV yang bersih dan pintar.”

"Kami amat berbesar hati dengan lawatan TYT Eng. Sharif Al Olama. Kepimpinan dan visi beliau akan terus memberikan inspirasi terhadap inovasi dalam infrastruktur yang mampan," kata Yansong Li, Pengasas Bersama Tellus Power. “Kerjasama ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan kami dalam menghasilkan pengecas EV 'Buatan UAE' dan meletakkan Emiriah Arab Bersatu sebagai peneraju dalam penyelesaian tenaga termaju di rantau ini dan seterusnya di rantau yang lain.”

Sokongan Kementerian Tenaga dan Infrastruktur UAE mengukuhkan dedikasi negara itu untuk memacu penyelesaian mampan yang bersiap sedia untuk masa hadapan. Tellus Power di kawasan Timur Tengah berharap dapat meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan di UAE untuk memacu peralihan ke arah ekosistem mobiliti yang lebih bersih, lebih pintar dan lebih terhubung.

Perihal Tellus Power Globe Holding Limited

Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”) merupakan pengeluar global pengecas kenderaan elektrik. Syarikat ini menyediakan infrastruktur pengecasan yang dipacu pulangan pelaburan (ROI), direka bentuk untuk keuntungan jangka panjang dan kecekapan operasi. Dengan memanfaatkan kepakaran global, Tellus Power menawarkan infrastruktur pengecasan EV yang canggih dan boleh dipercayai bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik secara meluas.

Pegawai Perhubungan Syarikat
Caitlin McCann
cmccann@telluspowergroup.com

Pegawai Perhubungan Media
Jessica Starman, MBA
hello@telluspowergroup.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/edd98a1b-4e05-48b5-968c-f28b9bac5bdd
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/daabfe75-f0b6-4409-ba5c-c66378fde7b6
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e2063883-6ca3-4447-bb25-b8bdb7003a34
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c9f5f8fa-564e-407b-b022-b21c33a221cf
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0adc644d-73f7-499e-a5af-cd763515b4df


Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions